Wednesday, May 28, 2008

PAKEJ & KEMUDAHAN



PRASARANA ASAS
-River View Chalets (30 peserta)
-Khemah-kemah (250 peserta)
-Dewan Terbuka (200 peserta)
-Dewan Tertutup (80 peserta)
-Surau
-Dewan Makan (200 peserta)
-Alat Bantuan Latihan (OHO & Skrin, TV & Perakam Video, Radio, dll.)
-Padang-padang Bersukan & Rekreasi
-Tandas-tandas & Bilik-bilik Air yang Bersih


PRASARANA LATIHAN
-Cabaran Bertali: Single Bar, Double Bar, Iban Bridge, ‘V’ Bridge, Canopy Walk & Flying Fox
-Cabaran Berpasukan: All-on-Board, Trust Fall, Bridge, Transfer Tyre, King Finger, Poison Pipe & Spider Web
Cabaran Ketahanan Fizikal: Fence, Zig zag Bar, Bear Hole, Crawling, 6’ Wall & Swing Bridge

PAKEJ PERKHEMAHAN – 2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam
-Penginapan Di Khemah
-Kemudahan Dewan
-Bekalan Elektrik 24 Jam
-Tandas / Bilik Air
-Penyediaan Makanan : 4 kali / 6 kali
-BBQ

AKTIVITI LUAR
-Kembara Ke Air Terjun Sg Pisang
-Kembara Malam
-Ops Burung Hantu
-Perang Lilin
-Halangan Berpasukan – Obstacles
-Halangan Berpasukan –Endurance
-Compass Matching
-Halangan Bertali - Highrope & Flying Fox
-Masak Nasi Dlm Buloh (Survival Cook)
-Paintball

PROGRAM (REMAJA & PELAJAR)



REBUTIA LEARNING CENTRE SDN BHD memiliki sejarah yang membanggakan dalam membantu para belia dan pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi individu yang bermotivasi, dengan ciri-ciri keperibadian yang unggul dan mampu berjaya dalam kerjaya dan hidup. Para ibubapa, penjaga dan guru sentiasa berbincang dengan kami untuk merangka dan menganjurkan kursus, bengkel dan “aktiviti riadah yang membina” bagi meningkatkan kecemerlangan diri para remaja, belia dan pelajar di bawah jagaan mereka.


KURSUS-KURSUS LATIHAN

-SUKSES: Langkah Demi Kejayaan
-PINTAR: Bijak Belajar
-HIJRAH: Satu Perubahan
-TAWAKKAL: Kepimpinan Dalam Pasukan
-SUPERKID: Pembinaan Keperibadian & Kepimpinan Diri Kanak-kanak


BENGKEL-BENGKEL KEMAHIRAN

-Teknik Mengingat (Memory Techniques)
-Teknik Membuat Nota Efektif (Effective Note Taking Techniques)
-Teknik Pemetaan Minda (Mind Mapping Techniques)

PROGRAM (SEKTOR KORPORAT)




PROGRAM-PROGRAM INDOOR & OURDOOR



Sebagai penyedia latihan yang profesional, kami sedia maklum bahawa keutuhan sesebuah organisasi itu terletak pada kakitangannya. Para jurulatih dan fasilitator kami sentiasa bersedia untuk merangka dan menganjurkan program-program dan modul-modul yang terbukti berkesan dalam meningkatkan motivasi, menyemai semangat kerja berpasukan, memperkasa daya kepimpinan mereka.




-Asas Kejurulatihan : Rekreasi & Ikhtiar Hidup
-Kem Semangat Berpasukan
-Program Peningkatan Kualiti Diri



PROGRAM-PROGRAM SOSIAL & REKREASI



Kami boleh merangka modul-modul dan aturcara-aturcara secara customized untuk Program-program Sosial & Rekreasi bagi menyemai semangat kekeluargaan dan setiakawan antara para kakitangan. Kami akan bekerjasama dengan para pelanggan semasa proses perancangan untuk merangka tema, aktiviti dan gimik yang sesuai untuk program berkenaan.



-Hari Keluarga
-Perkemahan Tahunan
-Sukaneka




KEM REBUTIA D'PERKASA


Keunikan Kem:
Kem Rebutia dikenali sebagai salah satu kem latihan yang sangat popular di Semenanjung. Digunakan secara kerap oleh organisasi-organisasi latihan, institusi dan badan korporat untuk aktiviti team building, Kem Rebutia terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur dan jauh dari kesibukan kota. Dikelilingi alam semulajadi, kaya dengan flora dan fauna dan didirikan bersebelahan sebatang sungai, Kem Rebutia merupakan tapak perkemahan sangat baik dengan lanskap alam semulajadi yang mengkagumkan.
Dibina dengan kemudahan kediaman dan prasarana yang baik (seperti kemah, chalet, dewan terbuka, dewan makan dan banyak lagi), Kem Rebutia terkenal dengan kemudahan latihan outdoor yang lengkap seperti High Rope, Obstacles, Endurance dan lain-lain. Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Kem Rebutia boleh dihubungi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Para pelawat boleh menggunakan Bas Leng Seng No.174 atau Bas Rapid KL untuk sampai ke kem. Mereka juga boleh menggunakan PUTRA LRT untuk berhenti di Terminal Putra sebelum mengambil teksi untuk sampai ke kem.

Diuruskan Oleh:REBUTIA LEARNING CENTRE SDN BHD (476259-A)

No 17, Jalan 2/27F, Seksyen 5 Pusat Bandar Wangsa Maju,

53300 Kuala LumpurAlamat

Lokasi:Batu 12, Jalan Bentong Lama,

53100 Gombak Utara Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: + 603- 6188 8768
Pengawai perantaraan :
  • En Saiful Bahari +019 659 0397
  • En Khairul +6012 338 7459
  • En Luqman +6012 824 5128
  • Cik Salwa +6019 807 3106
Faks: + 603-6188 8768



Aksesibiliti:
Mengambil masa 30minit dari Kuala Lumpur
Boleh menaiki kenderaan awam seperti bas (Leng Seng 174 atau Rapid KL) ATAU LRT PUTRA (berhenti di Terminal Putra dan kemudian menaiki teksi)

VISI KAMI



berhasrat untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Latihan & Konsultan Bumiputera yang disegani. Kami ingin diiktiraf sebagai sebuah entiti yang penting dalam membantu individu dan organisasi mencapai matlamat-matlamat mereka dengan merangka dan menganjurkan program-program yang bermutu tinggi yang mampu menyerlahkan kecemerlangan akademik, kepimpinan dan motivasi diri serta membentuk organisasi yang dinamik. Dengan hasrat untuk menyumbang khidmat, membangun dan berkembang, kami akan berkongsi kejayaan dengan para kakitangan, rakan niaga, masyarakat dan negara keseluruhannya.Untuk mencapai visi ini, kami akan berpegang teguh ke atas komitmen untuk cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dan memenuhi janji kami terhadap kualiti dalam produk dan perkhidmatan Training & Consultancy kami. Sehubungan dengan ini, kami akan memperkasakan diri dengan teknik dan proses Training & Consultancy yang terkini demi untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalam setiap aspek.