
berhasrat untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Latihan & Konsultan Bumiputera yang disegani. Kami ingin diiktiraf sebagai sebuah entiti yang penting dalam membantu individu dan organisasi mencapai matlamat-matlamat mereka dengan merangka dan menganjurkan program-program yang bermutu tinggi yang mampu menyerlahkan kecemerlangan akademik, kepimpinan dan motivasi diri serta membentuk organisasi yang dinamik. Dengan hasrat untuk menyumbang khidmat, membangun dan berkembang, kami akan berkongsi kejayaan dengan para kakitangan, rakan niaga, masyarakat dan negara keseluruhannya.Untuk mencapai visi ini, kami akan berpegang teguh ke atas komitmen untuk cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dan memenuhi janji kami terhadap kualiti dalam produk dan perkhidmatan Training & Consultancy kami. Sehubungan dengan ini, kami akan memperkasakan diri dengan teknik dan proses Training & Consultancy yang terkini demi untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalam setiap aspek.
No comments:
Post a Comment