Wednesday, May 28, 2008

KEM REBUTIA D'PERKASA


Keunikan Kem:
Kem Rebutia dikenali sebagai salah satu kem latihan yang sangat popular di Semenanjung. Digunakan secara kerap oleh organisasi-organisasi latihan, institusi dan badan korporat untuk aktiviti team building, Kem Rebutia terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur dan jauh dari kesibukan kota. Dikelilingi alam semulajadi, kaya dengan flora dan fauna dan didirikan bersebelahan sebatang sungai, Kem Rebutia merupakan tapak perkemahan sangat baik dengan lanskap alam semulajadi yang mengkagumkan.
Dibina dengan kemudahan kediaman dan prasarana yang baik (seperti kemah, chalet, dewan terbuka, dewan makan dan banyak lagi), Kem Rebutia terkenal dengan kemudahan latihan outdoor yang lengkap seperti High Rope, Obstacles, Endurance dan lain-lain. Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Kem Rebutia boleh dihubungi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Para pelawat boleh menggunakan Bas Leng Seng No.174 atau Bas Rapid KL untuk sampai ke kem. Mereka juga boleh menggunakan PUTRA LRT untuk berhenti di Terminal Putra sebelum mengambil teksi untuk sampai ke kem.

Diuruskan Oleh:REBUTIA LEARNING CENTRE SDN BHD (476259-A)

No 17, Jalan 2/27F, Seksyen 5 Pusat Bandar Wangsa Maju,

53300 Kuala LumpurAlamat

Lokasi:Batu 12, Jalan Bentong Lama,

53100 Gombak Utara Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: + 603- 6188 8768
Pengawai perantaraan :
  • En Saiful Bahari +019 659 0397
  • En Khairul +6012 338 7459
  • En Luqman +6012 824 5128
  • Cik Salwa +6019 807 3106
Faks: + 603-6188 8768



Aksesibiliti:
Mengambil masa 30minit dari Kuala Lumpur
Boleh menaiki kenderaan awam seperti bas (Leng Seng 174 atau Rapid KL) ATAU LRT PUTRA (berhenti di Terminal Putra dan kemudian menaiki teksi)

No comments: